LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

Saturday, May 3, 2008

KOTA MALANG KOTA PELAJAR

Inilah kota kita yang dibina atas semangat,
Bahawa kita impikan kebebasan muktamad,
Kebenaran dan keamanan daripada penguasa jahat.

Kita cuma mahu bebas bicara,
Di kota ini kita teguh berdiri,
Bebas dari belenggu ancaman dan ugutan,
Kita terlepas dari panahan kata-kata,
Yang merombak fikiran dan merobek jiwa,
Sudah tiba saatnya kita muntahkan keramat kata,
Dan mereka diam bungkam menadah telinga.

Kota Malang kota pelajar,
Semoga nasib kita tidak seperti namanya,
Di dalamnya berhimpun orang-orang kita,
Tuhan jadikan kota ini tinggi,
Kerana sememangnya orang berilmu itu,
Darjatnya tinggi hikmahnya suci,
Dengan ketinggian ilmu dan kesucian hati,
Kita mendidik umat dan tidak merendahkan sesiapa,
Kita berikan hak kepada yang berhak.

Kota Malang kotanya pelajar,
Bentengnya ampuh jangan dicabar,
Bersihkan imejmu yang lama tercalar,
Kitalah ular sakti yang maha tegar,
Bisa tak hilang menyusur akar.

No comments: