LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

Thursday, October 9, 2008

Lim Guan Eng Lebih Layak - Al-Bakistani

Seorang kawan yang berasal dari Pulau pinang bercerita kepadaku tentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Beliau menyatakan, banyak cerita-cerita menarik yang berlaku pada Lim Guan eng, menyebabkan Lim guan eng kini merupakan ketua Menteri yang disayangi oleh rakyat, sama ada dari kalangan melayu, cina mahupun India.

Antara cerita-cerita itu adalah seperti berikut;

CERITA SATU

Diceritakan, Lim Guan Eng sudah ditawarkan untuk mendapat "Dato' Seri", tetapi ditolak mentah oleh beliau dengan alasan, beliau mahu jadi macam Omar Abdul Aziz. Memandangkan gelaran Dato' Seri itu tidak diterima oleh beliau, menyebabkan beliau mencadangkan gelaran itu diberikan kepada Wan Azizah yang ketika itu ahli Parlimen Permatang Pauh.


CERITA DUA

Begitujuga, penanti yang merupakan DUN timbalan Menterinya dilihat seperti kurang diambil perhatian oleh Fairus. Beliau mengetahui masalah rakyat di DUN Penanti, menyebabkan beliau telah bertindak turun padang bersama Isterinya dengan menaiki kereta estimanya yang dipandunya sendiri.

Apabila ada sebilangan rakyat Penanti bertanya tentang Fairus, beliau hanya menjawab bahawa fairus sebuk di Kuala Lumpur, walaupun pada masa itu, Fairus memang ada di Pulau Pinang pun.

CERITA TIGA

Juga, ketika beliau turun di salah satu Parlimen (tidak perlu disebut parlimen mana) yang didakwa kononnya rakyat di sana agak marah dengan YB mereka disebabkan kurang turun padang berjumpa rakyat.

Beliau telah turun di sana tanpa memaklumkan kepada sesiapa pun. Setelah keletihan berjalan mengelilingi Parlimen tersebut, beliau berehat di sebuah kedai makan melayu untuk minum teh. Sedang minum, dua orang suami isteri yang agak tua telah terperasan Lim Guan Eng, tetapi tidak menyangka bahawa ianya adalah lim Guan Eng.

Mak Cik itu berkata kepada Lim Guan eng, bahawa mukanya macam Lim Guan Eng, ketua Menteri Pulau Pinang. Sambil tersenyum Lim Guan Eng berkata, bahawa namanya memang Lim guan Eng pun.

Tanpa disedari lagi, Mak cik itu berkata lagi bahawa tak sangka dalam Pulau pinang ini, ada manusia yang mukanya serupa Lim Guan Eng dan namanya pun serupa.

Lim Guan Eng ambil Kad pengenalannya, dan memberikan kepada mak cik itu, dan tunjuk mukanya, kemudian menyebut bahawa dia memang ketua Menteri Pulau Pinang.

Mak cik dan pak Cik itu terkejut, kerana tidak disangka-sangka bahawa manusia yang mereka jumpa itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang kehadiran beliau di kedai makan itu tanpa disedari oleh mana-mana orang pun, demi melihat masalah rakyat di Pulau Pinang.

CERITA EMPAT

Diceritakan juga, Lim Guan Eng pada awal perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri, orang-orang melayu agak tidak melayan beliau dikala beliau turun padang. Memandangkan keadaan ini berlaku, menyebabkan beliau mengarahkan segala jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri agar turun berjumpa dengan rakyat bawahan, untuk mendengar masalah rakyat, seperti masalah kemiskinan, masalah tanah tidak bergeran dan sebagainya.

Apabila segala jabatan-jabatan ini turun, menyebabkan ramailah rakyat yang turun untuk memberi aduan kepada mereka.


Dalam majlis itu, beliau berucap dan menyatakan bahawa, beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, kalau rakyat benci kepada beliau, boleh ditukar dalam pilihanraya akan datang. Tetapi sekarang, rakyat terpaksa terima beliau sebagai Ketua menteri. Dan kini, kedatangan beliau adalah untuk mendengar masalah rakyat, dan beliau akan berusaha segala kemampuan yang boleh untuk menyelesaikan masalah rakyat disitu.

CERITA LIMA

Dalam pemerintahan di Pulau Pinang, beliau agak memanjakan orang melayu berbanding bangsa dia sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan tindakan beliau berjumpa dengan masyarakat melayu, dan menyatakan bahawa beliau mahu hidupkan balik sekolah agama rakyat di Pulau pinang, tetapi dalam masa yang sama, beliau mahu hidupkan sekolah untuk orang cina dan India. Kalau orang melayu tidak izinkan beliau bangunkan sekolah untuk orang cina dan India, maka sekolah agama rakyat pun dia tak mahu majukan.

CERITA ENAM

Dulu Mat sabu ada bercerita bahawa beliau pergi berjumpa dengan Lim Guan Eng di Pulau pinang. Asal pertemuan hendak dibuat di kediaman Rasmi ketua Menteri, tetapi di tolak Lim Guan Eng. Kemudian Lim Guan Eng mencadangkan agar pertemuan itu dibuat di salah sebuah kedai mamak di Pulau Pinang, tetapi di tolak oleh Mat sabu. Yang akhirnya, pertemuan itu berlaku di rumahnya yang asal, iaitu di rumah kediamannya sebelum dia menjadi Ketua Menteri lagi.

Dalam pertemuan itu, Mat Sabu menyebut bahawa Lim guan Eng semuanya sudah bagus, mengikut cirri-ciri pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, cumanya beliau agak kekurangan disebabkan beliau tidak masuk islam lagi.

Mendengar kata-kata Mat Sabu itu, lim Guan Eng menyebut, "tunggu ayah saya mati dulu".

PENUTUP

Cerita-cerita Lim Guan Eng ini, mengingatkanku kepada kejadian yang berlaku pada ayahku sendiri, yang ketika itu aku baru darjah empat.

Ayahku seorang bilal surau ketika itu, tetapi masih lagi "bermazhab UMNO". Setelah selesai azan, beliau melihat seorang tua sedang menunaikan solat sunat, yang mukanya seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ayahku tidak menyangka demikian, kerana kedatangan beliau pada ketika itu dengan berpakaian Jubah, berserban dan menaiki kereta biasa sahaja.
var curDiv = document.getElementById('ln54');
curDiv.innerHTML = convert2url(curDiv.innerHTML);

Setelah solat fardu ditunaikan, ayahku bertanya kepada orang tua itu, bahawa mukanya macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Orang tua itu terus berkata, memang dia adalah Nik Abdul Aziz, menteri besar Kelantan.

Mendengar itu, ayahku terus cium tangan Tuan Guru Nik Aziz, dan kini Alhamdulillah, ayahku bukan lagi orang UMNO (melayu harbi) lagi, tetapi seorang berkeahlian PAS.

Keadaan ini amat sama berlaku pada Lim Guan Eng, yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.
var curDiv = document.getElementById('ln60');

Kalau kita hadiri ceramah pada 15 september di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini, kita akan dapat lihat perbezaan antara pemimpin-pemimpin parti berucap pada malam itu.

Wakil dari PAS tidak sepatah pun bercakap tentang islam pada malam itu, tetapi yang peliknya, Lim Guan Eng seorang sahaja yang menyebut bahawa "kita mahu kerajaan yang bertawakkal kepada Tuhan dan kerajaan yang melaksanakan Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar".

Melihat kepada karisma Lim Guan eng, padaku, kalau Lim Guan Eng masuk islam, orang yang lebih layak Menjadi perdana Menteri bukan Anwar Ibrahim juga Tuan Guru Haji Abdul hadi, tetapi Lim Guan Eng, itu pun kemungkinan ketika itu nama beliau adalah "Muhammad Lim Guan Eng".



One-G Al-Bakistani

Monday, June 9, 2008

Kenapa BN Mahu Sangat Rampas Kelantan

Ini Hamba perolehi dari emel sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Artikel asal yang diterima tidak dinyatakan siapa penulisnya.
Sekian, Hamba.
***************

March 6, 2008

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:

Blok A18
Blok B17 & C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301 & PM302
PM303
PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN
Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. [lihat peta di atas]
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.
PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 200
8

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI [lihat peta di bawah untuk mengetahui kawasan simpanan minyak di perairan Kelantan] ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).

Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.
Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.
Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.
Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.
Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.
Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Friday, June 6, 2008

DSAI Menerangkan Dasar Harga Petrol Alternatif




Semalam Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% dan 63%.

Sekali lagi, rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan!! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Monday, May 19, 2008

Hanya Islam dapat angkat martabat Melayu

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tue May 06, 08 10:41:31 am MYT
PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

Sebarang usaha samada sengaja ataupun itdak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.

Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.

PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.

Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.

Umnolah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

Di antaranya ciri ilmu, di mana Umnolah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah.

Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab. PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup

Presiden,
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Saturday, May 17, 2008

Have you seen a Chief Minister sit in Economy Class? I have.



As Ning and I were lining up to board our flight to Penang on Wednesday afternoon, I spotted a familiar face standing in front of us in the queue. So I whispered to Ning.


Me: Look in front of us. It's Guan Eng.

Ning: Who?

Me: YAB Mr. Lim Guan Eng, the Chief Minister of Penang.

Ning: No lah.

Me: Yes lah! I know how he looks lah. It's the CM lah.

Ning: Takkan CM jalan sorang sorang. If he's the CM, where's the bodyguards and the officers and the rombongan and kaum kerabat?

Me: Tak percaya? Watch and learn.

So I walked up to Yang Amat Berhormat, introduced myself and asked to take a picture. He smiled and obliged.


YAB CM: Hey, I know you! You're Ning Baizura!

Ning: YAB Lim, good afternoon.

YAB CM: Come, come, we take a picture. Vernon, here's my card. Email me the pictures OK.

Me: Definitely, sir.

Ambik kau. CM pun peminat katanya!

Ning and I really felt honoured. But we felt more surprised that the Chief Minister of a state was travelling all by himself like any normal rakyat jelata. But the biggest surprise in store for us was yet to come.

As usual, we sat in First Class. I expected the CM to be seated somewhere in front of us but then I realised he wasn't in First Class. Where did he disappear to???

I popped my head round the curtain that veils First Class and Economy Class and guess who I saw sitting in the front row seat of Economy quietly reading the newspapers?

YAB Mr. Lim, you have my deepest respect. You have made history by being the first Chief Minister in this country to sit in Economy Class whilst in office as Chief Minister. You really mean what you say when you talk about cost-cutting. Sir, you have shown me leadership by example.

Of course I asked permission to take his picture sitting in Economy and he laughed. And I said I'd blogged about it and he laughed some more, and gave permission. Ketua Menteri yang berjiwa rakyat.

Ning was in Penang on Wednesday for a Secretaries' Week show at Berjaya George Town Hotel, themed 'A Batik Evening With Ning'.

Wednesday, May 7, 2008

Bila paderi England anjur laksana syariah

Subky Abdul Latif
Thu | Feb 21, 08 | 6:36:19 pm MYT


Menjadi berita besar di Britian dan menggemparkan semua orang apabila paderi besar England baru-baru ini menganjurkan supaya kerajaan Britain melaksanakan undang-undang syariah untuk mengadili umat Islam, agama kedua terbesar di negara itu.

Cadangan yang cukup baik dari seorang paderi kanan England itu adalah permulaan kepada pemikiran baru yang dicetuskan oleh orang Barat sendiri dan paderi pula.

Paderi yang berfikiran terbuka dan Kristian itu sendiri adalah agama yang paling hampir dengan Islam. Ia juga asalnya agama dari langit; agama yang pada mulanya mengakui selepas Nabi Isa a.s. akan muncul nabi akhir zaman yang namanya Ahmad atau Muhammad.

Cetusan pemikiran paderi itu adalah kontradik dengan prejudis masyarakat Barat yang dibelenggu oleh sikap buruk Presiden Bush yang melabelkan Islam sebagai agama dan anasir keganasan.

Berat bagi masyarakat Barat untuk menerimanya. Ia ditentang oleh kerajaan Britain dan oleh kebanyakan rakyat. Ia tidak memeranjatkan kerana prejudis mereka terhadap Islam telah berakar lama dan apa lagi masyarakat Barat dan Kristian itu sendiri banyak dipengaruhi Yahudi.

Yahudi yang membelenggu Bush berfikiran anti-Islam dan memaksanya berperang di Iraq dan Afghanistan kalau boleh untuk selama-lamanya. Yahudi amat tidak senang dengan cadangan paderi itu.

Tetapi malangnya para pemimpin negara Islam membisu terhadap suara paderi itu. Hanya sebahagian penganut Islam di Britain mengalu-alukan cadangan itu. Tidak banyak ulasan atas cadangan itu.

Negara Islam dan umat Islam hanya bangun kalau agama Islam dihina tetapi diam saja apabila ada pandangan yang mahu mendaulatkan Islam. Di Malaysia sendiri yang sedang merayakan sedikit prestasi Islam Hadhari tidak memberikan sebarang reaksi.

Media Malaysia tidak pengupas perkara itu.

Dipercayai pandangan paderi itu boleh meransang kepada perkembangan yang baik untuk Islam. Apa jua yang dikira dapat mendaulatkan Islam tidak menarik masyarakat Islam sekular.

Kerajaan Malaysia yang mengaku memajukan Islam seperti yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari lebih suka melihat kemajuan orang Islam sesuai dengan cara hidup dan pemikiran sekular. Apabila ia bertembung dengan unsur syariah, maka ia mendiamkan diri kalau pun tidak menentang.

Dalam isu suara paderi England itu, jelas paderi itu lebih berfikiran Islam dari pengembang Islam Hadhari. Pandangan paderi itu lebih dekat kepada Islam daripada pendirian dan sikap ketua-ketua negara Islam.

Paderi itu tertekan atas reaksi masyarakat Barat, tetapi masyarakat dan pembesar Islam pula tidak memberikan galakan kepadanya. Suatu yang amat malang bagi masyarakat Islam dan ini menjadi paderi itu juga malang.

Paderi itu tentu telah melihat kemahuan masyarakat akar umbi Islam yang mahu kepada peradaban Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka sedang berusaha keras untuk mencapai hidup sebagai orang Islam sebenar.

Tetapi masalah umat Islam dan penduduk Britain itu sendiri tidak dapat diselesaikan kerana halangan undang-undang. Kalau umat Islam di negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka disebabkan negara masing-masing tidak mengikut kemahuan Islam, maka tentulah tidak mudah bagi Britian sebagai negara bukan Islam untuk beramal secara Islam.

Paderi itu dipercayai tahu bahawa bukan masanya bagi Britian untuk melaksanakan syariah. Tetapi kerana masyarakat itu adalah penganut demokrasi dan percaya kepada kebebasan agama, maka penyelesaian kepada masalah di Britain ialah dengan membenarkan umat Islam mengamalkan hukum dan muamalat mengikut Islam.

Dia pun tahu bahawa cadangan itu bukan mudah diterima, tetapi ia perlu menjadi bahan perbahasan dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dan segala macam teknologi di Britain adalah tempat yang baik untuk membahaskan isu itu secara akadamik.

Sama ada paderi itu sendiri berminat kepada pemikiran Islam, tidak dipastikan, tetapi ia dilihat lebih positif dari pemikiran Islam Hadhari. Mana tahu cetusannya itu dapat mendekatkannya lagi dengan Islam.

Ia patut disambut baik oleh umat Islam, kerana pandangan yang dekat kepada Islam oleh paderi sepertinya boleh mendekatkan kepada hidayah.

Setakat ini, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia cuba menenangkan suasana dengan menyatakan apa yang dimaksudnya ialah supaya ada kemudahan bagi masyarakat Islam melangsungkan beberapa kegiatan Islam seperti kahwin mengikut cara Islam dan tidak perlu mesti mendaftar lagi seperti yang ada sekarang.

Jika pandangan paderi itu diberikan reaksi yang setimpal, ia mudah membuka medan baru kepada pemikiran Islam di Barat.- tajdid

Babi ditakuti tetapi tidak rasuah, judi dan todi

LanH
Tue | May 06, 08 | 3:29:22 pm MYT


Kali pertama saya ke Dubai, UAE tahun 1994. Pakej penginapan di sebuah hotel di sana termasuklah minum pagi. Ketika mengambil lauk-pauk, saya terperasan di sebelah bekas daging ayam, disediakan daging babi. Istimewanya, setiap jenis makanan yang dihidangkan ada labelnya. Kalau lauk 'ayam' ditulis 'chicken', daging lembu ditulis 'beef' manakala daging babi ditulis 'pork'.

Guanno ni, kata hati saya, di tanah Arab pun disediakan makanan haram itu. Macam mana ni, mahu makan atau tidak? Maksud saya bukan makan daging babi itu tetapi makanan lain. Apakah boleh dimakan hidangan 'chicken' yang terletak bersebelahan dengan 'pork'?

Akhirnya saya terpaksa berpuas hati dengan menikmati roti bercicahkan air kopi. Guano, hotel-hotel pak syekh Arab ini, rungut hati saya. Hidangan daging babi disediakan, bercampur-gaul dengan makanan lain.

Ketika itu, saya yang kurang pengalaman, ingat negara-negara Arab bebas daripada hidangan daging babi, tetapi rupa-rupanya tidak begitu. Kota-kota seperti Dubai, Beirut dan Doha yang menjadi transit utama penerbangan nampaknya sudah menepati cirri-ciri antarabangsa, termasuk menghidangkan makanan dan minuman haram. Bir adalah biasa saja di hotel.

Kalau sesetengah orang Arab di beberapa negara Arab sudah tidak sensitif dengan babi, bagaimana pula reaksi orang Melayu Malaysia yang boleh dikatakan semuanya beragama Islam. Oohh, berdasarkan perkembangan semasa, orang Melayu tetap sensitif dengan babi.

Pantang cakap babi, orang Melayu akan melenting. Dengar babi saja pun orang Melayu tak nak, apa lagi makan babi. Mungkin itu sebabnya nama babi itu ditukar kepada khinzir.

Beberapa minggu kebelakangan ini, saya telah menerima sejumlah e-mel dan SMS menyentuh isu babi ini. Seorang peminat Harakah, meminta pihak editorial Harakah membuat satu keluaran khas mengenai isu babi ini.

Katanya, dia tidak berpuas hati dengan cercaan pihak tertentu termasuk akhbar arus perdana yang memutarbelitkan isu ladang ternakan babi secara moden di Selangor. Katanya, dakwaan itu perlu ditangkis, jangan biarkan puak-puak ini bertindak kotor, menipu rakyat terutama orang Melayu.

Seorang pembaca menghantar e-mel menempelak saya, sidang pengarang Harakah dan kerajaan Pakatan Rakyat dengan mendakwa berikutan kesediaan kerajaan Selangor memberi laluan kepada pusat ternakan babi moden itu, 'tidak lama lagi akan terbinalah ladang babi terbesar di Kedah dan Perak'.

"Itulah," tulisnya, "bahana memilih Pakatan Rakyat. Orang Melayu terpaksa hidup dalam lingkungan babi-babi ini."

Seorang lagi menulis: "Lebih baik bina ladang babi moden itu di Pulau Ketam. Di sana banyak orang makan babi."

Penulis tidak mahu komen mengenai isu penternakan babi ini, hanya menyerahkannya kepada kebijaksanaan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menanganinya.

Cuma yang mahu disentuh penulis adalah mengenai kebagusan orang Melayu yang menolak benda haram seperti babi. Dengar saja mereka sudah jijik. Penulis yakin tidak ada orang Melayu-Islam yang makan babi. Sebab sudah jelas makan babi haram.

Di sini penulis berfikir jika orang Melayu-Islam 100 peratus jijik dan tidak makan daging babi kerana 'keharamannya', alangkah bagusnya jika 100 peratus daripada mereka jijik dan berusaha menolak perkara haram seperti rasuah, riba, mencuri, khianat, kesaksian palsu atau mengambil harta dan kuasa dengan sumpah palsu.

Selain daging babi yang sudah jelas haram dimakan, makan atau menggunakan faedah daripada hasil yang haram adalah juga haram. Allah Azza Wa Jalla berfirman dalam al-Quran, ayat 29 Surah An-Nisa' yang bermaksud: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil..."

Ibnu Hibban meriwayatkan, "Tidak akan masuk syurga, daging dan darah yang tumbuh daripada usaha yang haram. Bahkan neraka lebih patut baginya. At-Tarmizi pula meriwayatkan; "Tidak baik (subur) daging yang tumbuh daripada usaha haram, melainkan neraka lebih patut baginya."

Dalam buku 'Penenang Jiwa - Pengubatan dan Rawatan' yang diterjemahkan daripada kitab Imam Al-Ghazali 'Mukashafah Al-Qulub' ada ditulis: "Al-Bazzar (meriwayatkan); "Sungguh tidak ada agama bagi orang yang tidak amanah, solat dan zakat. Siapa yang memakai baju daripada duit yang haram, maka tidak diterima solatnya sehingga baju itu dilepaskan. Sesungguhnya Allah Maha Mulia dan Maha Agung. Tidak akan diterima solat lelaki yang memakai pakaian haram."

Ahmad daripada Ibnu Umar, dia berkata, "Siapa membeli pakaian 10 dirham tetapi satu dirham daripadanya adalah haram, Allah tidak akan menerima solatnya selama ia dipakai." Kemudian dia memasukkan dua jarinya ke dua-dua telinganya sambil berkata, "Tuli saja aku jika Nabi tidak mengatakannya." Al-Baihaqi (meriyawatkan), "Siapa yang membeli barang curi, sedang dia tahu, maka dia turut berdosa."

Berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman penulis, orang Melayu jijik sekali dengan babi. Tiada orang Melayu-Islam yang makan daging babi, apatah lagi sentuh atau berdekatan dengan babi (kecuali 'tokoh' yang menunjukkan tanda bagus di kandang babi di Jerman).

Tetapi berdasarkan suasana persekitaran, ada orang Melayu-Islam tikam ekor (berjudi), minum arak (todi), makan rasuah, riba, dedah aurat dan yang terakhir ini ramai yang mahu menjadi penyanyi (artis) sedangkan Imam Al-Ghazali dalam bukunya itu menyatakan: "Al-Qadi Abu Thaiyyib ath-Thabrani mengutarakan beberapa pendapat daripada Asy-Safie. Abu Hanifah, Sufyan dan segolongan ulama, bahawasanya mendengar lagu dan seumpamanya adalah haram."

Abu Thaiyyib mengatakan, "Mendengar nyanyian daripada wanita yang bukan muhrim tidak dibolehkan menurut ulama Syafie, baik terbuka atau dari balik hijab, baik merdeka atau budak. Dia mengatakan bahawa telah berkata Imam Syafie, "Pemilik jariah (budak perempuan) apabila dia mengumpulkan manusia untuk memperdengarkan nyanyiannya, maka dia adalah bodoh dan harus ditolak kesaksiannya."

Jika Imam Syafie yang diakui hampir setiap Melayu-Muslim di negara ini sebagai imam mereka (mereka mengaku bermahzabkan Iman Shafie), tetapi mengapa tidak mengikut ajarannya sebaliknya terus menghimpunkan penyanyi dan artis dalam pelbagai pertandingan dan akademi serta anugerah dengan hadiah lumayan?

Pada majlis ini, selain percampuran bebas, artis perempuan mengambil kesempatan 'berbogel'. Dengan anugerah mewah dan kerap, jelaslah artis disanjung-sanjung sedangkan ulama dan amanat mereka dihumbankan. Jadi amat tersasarlah untuk pihak-pihak ini mengaku, mereka sedang mencari Asy-Shafie atau Al-Ghazali seperti didakwa Imam Hadhari!

Kepimpinan bukan satu kelebihan tapi amanah - TKM Pulau Pinang

Masih ramai yang belum mengenali Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Aktivis gerakan reformasi dan KeADILan ini menang di Dun N12 Penanti (dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh) dengan majoriti 2219 pada pilihan raya umum 8 Mac lalu mengalahkan calon BN, Dato' Abdul Jalil Majid. Dalam wawancara sulungnya dengan pemberita Harakah, Mohd Sabri Said, Timbalan Ketua Menteri itu membicarakan beberapa isu berkaitan pentadbiran baru negeri.

Harakah: Apa perasaan saudara selepas dipilih ke jawatan Timbalan Ketua Menteri?

Fairus: Sebenarnya saya bukan orang baru dalam perjuangan khususnya Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), sebaliknya terlibat sejak permulaan reformasi sehinggalah kini bila diarahkan sebagai calon Dun Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh.

Ketika dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, saya terkejut sebab tanggung jawab yang diamanahkan terlalu tinggi. Namun apa pun bila ada sokongan rakan taulan, ia akhirnya menjadi satu amanah untuk saya memperkasakan atau memperkemaskan termasuk ekonomi dan martabat Islam di Pulau Mutiara ini.

Saya difahamkan YB tidak tinggal di rumah kediaman rasmi kenapa begitu?

Kemenangan yang Allah SWT berikan ini bukan hendak bermegah-megah sebaliknya amanah yang amat besar maka menjadi tanggungjawab bukan saya saja, tetapi juga Ketua Menteri, Lim Guang Eng yang tidak mendiami kediaman rasmi kerajaan kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Memandangkan masa ini kita tidak menguasai Kerajaan Persekutuan, kita cuba berjimat sedaya upaya bimbang sesuatu berlaku seperti di Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PAS pada tahun 1999-2004.

Saya rasa apa yang sedia ada cukup memadai sebagaimana yang ditunjukan oleh Nabi s.a.w., para sahabat atau Khalifah Al-Rashidin. Mereka bermula dengan contoh diri sendiri kerana kepimpinan bukan satu kelebihan sebaliknya amanah yang dipertanggungjawabkan.

Satu lagi yang semua exco laksanakan termasuk Ketua Menteri ialah kami membatalkan pembelian lima buah kereta Perdana V6 yang ditempah oleh kerajaan terdahulu. Kita telah mendapat jawapan rasmi dari EON bagi pembatalan tersebut. Pembelian itu melibatkan RM623,000.

Kami hanya pakai kereta yang sedia ada dan saya sendiri menggunakan kereta Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat jawatan Menteri Pendidikan pada tahun 1990 dulu. Maknanya kereta rasmi ini sudah 18 tahun.

Kita beranggapan tidak perlu bermewah dan duit ini boleh diperuntukan kepada kebajikan rakyat atau keperluan pembangunan Pulau Pinang.

Pada ucapan pertama YB di khalayak ramai sempena Sambutan Maulidur Rasul di Tapak Ekspo Seberang Jaya, YB menyebut slogan 'Generasi Al-Amin'. Boleh huraikan lebih lanjut?

Misi kita di Pulau Pinang bukan sahaja hendak meningkatkan prasarana pembangunan negeri malahan termasuk membentuk generasi yang kuat dan beramanah.

Bila rakyat kuat dan gagah mereka boleh bekerja dengan produktiviti yang tinggi serta dapat memperkasakan ekonomi supaya tidak bergantung nasib dengan kedudukan orang lain.

Lagipun, ia mengambil sempena pesanan Jibrail kepada Nabi Muhamad s.a.w. iaitu selalulah mengerjakan qiamulail kerana dengannya dapat memberikan kekuatan, dan kedua jangan sama sekali kita bergantung nasib dengan manusia.

Bila memenangi dan berjaya membentuk kerajaan baru apakah tindakan paling awal diambil oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat?

Pertama yang kita lakukan ialah tambahan elaun khas kepada Guru-Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh Pulau Pinang sebanyak RM863 ribu bagi jumlah 1,450 guru dan 11 penyelia guru KAFA. Maknanya, saya meletakan nombor satu tentang soal pendidikan kerana guru KAFA sanggup meluangkan masa untuk mengajar anak-anak bangsa ke arah pembentukan akhlak.

Tindakan awal telah digerakkan, sekurang-kurangnya guru-guru yang mendidik merasa dihargai atau selesa. Pertambahan ini menjadikan setiap seorang memperolehi RM50.00 menjadikan RM730.00 sebulan.

Walaupun negeri ini dalam keadaan 'gawat ekonomi' tetapi itulah pengorbanan kerajaan negeri yang mula dilaksanakan dan Insya Allah jika ekonomi lebih baik, mungkin boleh laksanakan dengan lebih baik demi kebaikan semua pihak.

Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap nasib masyarakat Melayu yang semakin terhakis?

Isu Melayu terpinggir terhasil daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Kita bangun untuk meratakan keadilan rakyat dan tidak perlu banyak label digunakan bagi pendekatan begitu.

Apa yang penting ialah (program) pengisian terhadap golongan miskin dan berpendapatan rendah. Majoriti golongan ini ialah orang Melayu. Sekarang ini isu berkenaan bukan lagi besar kerana rakyat sudah celik dan beranggapan semuanya mainan politik sempit Umno dan BN.

Jika rakyat tidak bijak kenapa berlaku tsunami politik yang begitu hebat. Orang Cina dan India pun sudah berani datang mendengar Tok Guru berceramah bukan di belakang malahan di barisan hadapan.

Di Kulim contohnya, orang India dengan tidak berbaju sanggup membalut diri dengan bendera PAS dan KeADILan.

Ini satu kesedaran politik lantaran celiknya sanubari rakyat dan bila sanubari bersuara ia begitu keramat sehingga terhumbannya BN dalam pilihan raya umum lepas.

Perkampungan Melayu makin terhakis contohnya di Kampung Makam, Jelutong, Tanjung To' Kong dan banyak lagi. Bagaimana tindakan kerajaan untuk memastikan keadaan itu tidak terus berlaku?

Islam sebenarnya menghargai seni bina yang indah kerana Islam boleh menyerlah jiwa Rabbani sekiranya tamadun lama dikekalkan. Saya tidak boleh lagi memberi komen secara langsung sebaliknya akan meneliti bentuk perancangan yang diinginkan oleh kerajaan terdahulu terhadap pembangunan di beberapa buah kampung.

Kita akan memastikan hak lama terus dipelihara bukan bertindak melulu sehingga mengorbankan sesebuah perkampungan itu walhal ia dibina memakan masa ribuan tahun.

Bagaimana pula nasib peniaga-peniaga Melayu dalam hal ini?

Perkara ini bukan di bawah portfolio saya, tetapi saya boleh memberi sedikit komen tentang masalah utama mereka seperti penempatan, lokasi perniagaan dan sebagainya. Kita sedang giat turun ke padang dan menyiasat di mana alternatif yang patut diberikan.

Saya tidak mahu membuat sebarang komen lanjut lagi buat masa ini kerana kajian sedang dibuat kerana sebagai kerajaan baru kita juga harus meneliti cadangan yang dibuat oleh kerajaan dahulu kerana ada setengahnya boleh diambil kira seandainya pelaksanaannya baik untuk golongan terbabit.

Jika terdapat ia tidak memberikan manfaat kita akan hapuskan. Golongan peniaga kecil Melayu amnya usah khuatir kerana kerajaan sekarang sedaya upaya menambah baik peluang yang ada.

YB juga memegang portfolio koperasi, apakah perancangan untuk memantapkan koperasi yang ada di negeri ini?

Saya cadangkan semua koperasi agar lebih matang dan nampak profesional. Jangan lagi anggap penubuhan koperasi kerja main-main sebaliknya harus menanggung tanggung jawab mengerakkan perjalanannya ke arah yang lebih berdaya saing.

Selain itu juga saya bertekad mensifarkan rasuah yang menular dalam koperasi supaya sesebuah koperasi dapat bangun dan berjalan dengan telus dan adil.

Sekarang ini isu Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menjadi hangat. Bagaimana perkembangan terkini?

Dalam akhbar arus perdana, YB Shabudin menampakkan kurang akhlaknya beliau apabila secara tiba-tiba menyerang saya selaku Timbalan Ketua Menteri yang memegang urusan agama.

Sampai saat ini saya masih tidak membuat sebarang kenyataan akhbar berkenaan isu ini kerana hendak menjaga nama baiknya dan tidak mahu memalukan sesiapa kerana saya mahukan proses pertukaran itu berjalan dengan baik, penuh sopan dan berhemah.

Tetapi, tidak semena-mena YB Shabudin melancarkan serangan kepada saya dalam media. Sepatutnya beliau tahu tanggung jawabnya untuk menyerahkan jawatan yang disandang berikutan kekalahan parti yang diwakilinya.

Sudah banyak kedengaran hasrat rakyat agar beliau meletakkan jawatan. Apa salahnya, beliau sebagai YDP Maipp datang berkunjung hormat ke pejabat saya sebagaimana yang dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pengarah jabatan dan Mufti Kerajaan Negeri, Dato' Haji Hasan Ahmad.

Adakah beliau lebih besar daripada mereka ini sehingga mengatakan dalam akhbar, saya perlu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan masalah. Beliau jelas tidak memahami tatacara itu dan sebagai ahli politik perlakuannya dianggap keterlaluan.

Saya hendak memberi peringatan, sebagai seorang yang menjagai institusi agama apa salahnya hadir berkunjung hormat; bukan saya yang turun berjumpa dengannya. Tindakan seumpama itu tidak kena dengan pengtadbiran negeri.- tajdid

Garis panduan Jom Heboh: PKPIM sokong Mufti Perlis

KUALA LUMPUR, 3 Mei, (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri mengenai garis panduan konsert Jom Heboh yang sedang diadakan di Perlis.

"Kenyataan Mufti Perlis dalam hal tersebut adalah satu 'amaran' keras yang sekian lama ditegur. Bagaimanapun, kami setuju bahawa ia bukan 'haram' sepenuhnya kerana wujud acara kekeluargaan dan pameran pendidikan yang sebenarnya adalah program positif," kata Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan medianya kepada Harakah Daily.

Namun, tambahnya, janganlah pula dalam mengisi program positif itu, penganjur mengambil kesempatan mengadakan konsert yang tidak membina langsung nilai positif.

Hal ini, menurutnya menyebabkan para pengunjung seolah-olah telah tertipu dengan agenda 'muslihat' penganjur.

"Dalam mengisi nilai positif dalam masyarakat, sudah tentu bentuk hiburan yang ingin dibawa itu membawa akar budaya dan adab masyarakat. Artis atau selebriti yang jelas 'tersasar' identiti budayanya harus dilarang membuat persembahan.

"Ini bukan bermakna negara kita ketandusan artis yang berbudaya tinggi dan beradab, seperti yang ditunjukkan oleh kumpulan Kopratasa, M. Nasir, Usratika dan sebagainya," tambah Mohd Hilmi.

Dalam urusan memelihara adab kesopanan konsert, beliau menyifatkan hal ini termasuk dalam tanggungjawab sosial korporat yang harus dimainkan oleh penganjur.

"Tanggungjawab ini bukan sahaja memberi sedekah atau derma kepada golongan miskin atau anak yatim.

"Mendidik dan membina adab masyarakat dengan nilai yang baik juga adalah salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat yang lebih mulia," jelas beliau.

Tambah Mohd Hilmi, para penganjur harus mengambil kira sentimen persembahan yang berteraskan kebudayaan dan adab negara ini.

"Jika tidak, penganjur bakal berdepan dengan identiti atau ejen yang 'merosakkan' bangsa," katanya.

Saturday, May 3, 2008

KISAH BENAR


KISAH INI ADALAH RENUNGAN BUAT MUSLIMAH..HAYATI KISAH
INI.


Di'forward' dari seorang teman...


Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur
Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa
tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke
rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi
mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali
berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang
agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun
ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama
je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun
selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,
pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya
Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran
rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang
anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri,
(nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya
mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul
desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak
pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si
buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia
bertanya kepada saya, "abang, betul ke 0rang yang baru
pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya
menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi
rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik
mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi
ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka,
saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak
berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang
dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan
tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh......
lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi
bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakana
ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya
yang datang ke rumah hanya untuk bercakap
perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat,
dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam
(biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya
lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak
ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan
saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji
bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk
bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak
CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat
khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil
saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah
SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu
saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai
orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya
berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis
.. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu
memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat
Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya,
saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya
terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis.
Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur
semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang
menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di
hati ini… Perubahan yang terjadi ketika adik baru
pulang dari rumah Abu khoiri..

di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran
kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak
bekas airmata)


Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya
kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi
masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan
itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT
berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh
saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana
saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung
asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak
wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : Nnnisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari
hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita
semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah
SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita
bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat
atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus
kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan
zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki
yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi
lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat ,lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang
erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung.
Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT
yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat
itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' > hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh
manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala
yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti
anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang
tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan
anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh
menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang
dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya,hanya pada saat itu ada
yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika
hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada
yang berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari
itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke
Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila
kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah
dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya
oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha
Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di
sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan
airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah
.Saya selak halaman berikutnya

dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan
itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah
melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang
murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah
dan segala

sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT
menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi

iktibar bagi kita semua. Wassalam. Forwardkan message ini kepada saudara-saudara kita..

KOTA MALANG KOTA PELAJAR

Inilah kota kita yang dibina atas semangat,
Bahawa kita impikan kebebasan muktamad,
Kebenaran dan keamanan daripada penguasa jahat.

Kita cuma mahu bebas bicara,
Di kota ini kita teguh berdiri,
Bebas dari belenggu ancaman dan ugutan,
Kita terlepas dari panahan kata-kata,
Yang merombak fikiran dan merobek jiwa,
Sudah tiba saatnya kita muntahkan keramat kata,
Dan mereka diam bungkam menadah telinga.

Kota Malang kota pelajar,
Semoga nasib kita tidak seperti namanya,
Di dalamnya berhimpun orang-orang kita,
Tuhan jadikan kota ini tinggi,
Kerana sememangnya orang berilmu itu,
Darjatnya tinggi hikmahnya suci,
Dengan ketinggian ilmu dan kesucian hati,
Kita mendidik umat dan tidak merendahkan sesiapa,
Kita berikan hak kepada yang berhak.

Kota Malang kotanya pelajar,
Bentengnya ampuh jangan dicabar,
Bersihkan imejmu yang lama tercalar,
Kitalah ular sakti yang maha tegar,
Bisa tak hilang menyusur akar.

Assalamualaikum,moga tazkirah ini memberi pengajaran kpd kite suma k!

Renungkanlah...

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila
di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil
bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah
Jumaat,
dah rasa jemu tp tak pernah puas dengar lagu
kesukaan
kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dlm tv, rasa
tak
sabar-sabar nak pergi beli-belah, tp dengar
laungan azan
tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar mlm jauh sanggup naik kereta
pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata utk
dipanjatkan
saat berdoa atau solat, tp betapa mudahnya cari
bhn
bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yg
berpanjangan
waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln
Ramadan
bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh utk habiskan al-
Quran
walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis
dilahap.

Pelik ya, ramai org berebut paling depan utk
menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang
bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya org mengajak menyebarkan
dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar
gossip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yg dikatakan di
email
yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan
apa
yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka
dan surat berantai di email, tapi bila mengirim
yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita..?
Tepuk dada tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah..

100 fakta pasal kelantan..betul atau tidak???



> 100 fakta pasal kelantan..betul atau tidak???
>
> 100 fakta Kelantan
> 100 bakal mengubah Malaysia
>
> 17 tahun bukan waktu yang pendek
> 17 tahun juga bukan waktu yang panjang
> tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
> bukti kewibawaan Islam agama memerintah
> mentadbir dan membangun negara
>
> 17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
> di zaman manusia sanggup apa sahaja utk hidup senang
> menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
> zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
> di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
> di Kelantan tiada judi utk mempersiakan ikhtiar manusia
> di Kelantan tida nite club utk menghina wanita
> di Kelantan kadar jenayah paling rendah
> di Kelantan aktiviti ekonominya di Tangan Islam
>
> 100 fakta Kelantan
> 100 bakal mengubah Malaysia
> kerja lima hari seminggu
> cuti bersalin 60 hari
> insuran kematian seluruh rakyat
> 3000 wanita berniaga semua santun menutup aurat
> ekonomi kelantan riba tak diikhtiraf
> biar kita rugi kata Tok Guru asalkan tidak dimarah Tuhan
> mengumpul pahala untuk bahagia akhirat
>
> Di Kelantan menterinya Tok Guru
> Pagi-pagi jadi imam dan memberi tazkirah
> tiap-tiap pagi sebelum ke Pejabat
> 18 tahun tinggal di rumah kampung shj
> tak ada pagar tak ada pengawal
> orang gaji pun tiada
> siapa masuk pun boleh jumpa
> dia warak dia zuhud
> gaji tiap bulan potong 45 % untuk parti dan kerajaan
> sejak dulu elaun rumah tak pernah ambil
> elaun kerajaan tak pernah ambil
> elaun buka puasa tak pernah ambil
> elaun hari raya tak pernah ambil
> tangan ringan memberi sedekah
> baru2 ini BPR datang kerumahnya
> bukan kerna rasuah tetapi
> kerana tidak buat report yg ada org ingin merasuahnya
> itulah Menteri Besar Kelantan
>
> Dulu BN kata 3 bulan Pas memerintah mesti bankrap
> lepas tu naik 6 bulan
> kemudian setahun
> sekarang dah 18 tahun
> ekonomi masih segar
> wlupun ditakutkan akan hilang pelaburan
> namun 17 tahun tanpa rasuah tanpa riba
> berkat ekonomi kelantan mengatasi 5 negeri lain
> di Kelantan tidak ada tol
> harga barangan dan makanan masih murah
> harga NIKAH pun masih murah
>
> 100 Fakta Kelantan
> 100 bkal mengubah MAlaysia
> belajar lah dari Tok guru
> belajarlah berfikir sebagi insan merdeka
> Bebaskan minda! Bebaskan minda!
> so, ape kate korang sumer???

Friday, May 2, 2008

Dunia bagai wanita tua terbaring nazak menunggu ajal

Kalau tidak salah saya, Buletin Utama pada Khamis lalu (24 April) telah menyiarkan satu laporan mengenai keadaan cuaca dan perubahan iklim di Semenanjung Tanah Melayu. Ia memberi laporan bahawa seluruh kawasan Pantai Timur akan terkena tempias perubahan cuaca dan ketidakstabilan iklim baru-baru ini.

Ada laporan akhbar yang menuliskan bahawa sekarang ini, hampir semua lautan di dunia kini berhadapan dengan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang. Menurut suatu kajian, antara kawasan laut yang paling teruk terjejas termasuklah Laut Utara, Laut China Selatan, Laut China Timur, Laut Caribbean, Pantai Timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Bagaimanapun, kawasan yang paling kurang terjejas adalah berhampiran kutub.

Tahun lalu, ada laporan menyebut bahawa ibu kota Thailand , Bangkok bakal tenggelam dalam tempoh 15 tahun bermula sekarang. Dalam kalangan insan yang arif, 'terus mata' dan menurut sahibul riwayat, kota yang banyak mengundang padah dan masalah terhadap penduduk Melayu Muslim di Selatan Thai itu akan tenggelam dalam 15 bulan saja lagi! Sudah tentu lautan yang akan menenggelamkan Bangkok . Hal yang sama berlaku dengan lagenda tenggelamnya bandar Atlantis, kerajaan di Tasik Chini, Pahang, kaum Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir besar, bangsa yang tenggelam di bawah Laut Mati serta lain-lain kerajaan yang pernah ditenggelamkan Tuhan. Pun begitu, ada juga lagenda yang menyebut Gunung Keriang pada asalnya sebuah pulau.

Paras laut kemudiannya menurun sehingga wujud pendudukan manusia baru di situ. Dan, apabila paras laut surut dalam tempoh yang lama, pulau Keriang digelar sebagai gunung. Laut amat penting kepada manusia. 70% isi bumi adalah lautan dan 30% adalah daratan. Ertinya, laut ada kemampuan untuk surut membentuk kerajaan, negara baru dan ada masa pula paras laut akan naik meningkat lalu menenggelamkan kedaulatan kerajaan lama. Tubuh kita berasal daripada dunia ini. Ertinya, peratus air dalam tubuh lebih banyak dari daging di tubuh kita. Air di bumi yang diminum bertukar menjadi darah dalam tubuh lalu, makanan yang dicerna tercerna menjadi zat-zat protein yang bergabung menjadi bahagian daripada daging yang membalut tulang rangka kita.

Demikianlah proses kehidupan. Sakit di kulit tubuh kita adalah sakit di kulit bumi. Kulit dunia yang cedera, disiat pembangunan adalah seperti yang kita rasakan. Air sungai yang kotor bagaikan darah kita yang dicemari toksin yang dimakan daripada makanan segera atau makanan yang disembur racun buatan manusia. Makanan pada zaman dulu, tiada unsur-unsur perubahan ini di mana segala isi kandungan genetiknya sekali pun telah pun diubah. Dunia yang dihuni pada hari ini sebenarnya tidak wujud seperti yang dilihat pada hari ini. Perubahan iklim cuaca yang menyebabkan manusia, kerajaan berpindah randah mencari penempatan baru. Kemarau yang melanda menyebabkan sesuatu puak akan bergerak bagi mencari penempatan baru bagi meneruskan penghidupan.

Dunia bagaikan 'wanita tua' dalam peristiwa Isra' Mikraj Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Rasulullah telah melihat gambaran dunia seperti wanita tua yang sedang memakai perhiasan. Wanita tua ini masih cantik dengan solekan, dandanan dan perhiasannya. Tetapi, dalam tubuhnya sudah bersarang pelbagai penyakit sejak lama. Gejala tanah runtuh di Malaysia baru-baru ini, jalan retak di Johor akibat banjir besar, pemanasan global adalah gejala yang lahir daripada kesakitan yang dialami 'wanita tua' ini sejak puluhan ribu tahun dulu ketika manusia berperang dan nazaknya makin kuat saat 'anak-anaknya' bersengketa, berlumba meletupkan nuklear, C4, water Canon, molotov. Mungkin di bawah perut 'wanita tua' (bumi yang kerap digelar 'ibu pertiwi') di Johor itu telah ada batu-batuan yang telah mula retak, patah disimbah asid kilang yang sudah mendap, meresap jauh dalam tanah, merosakkan nadi-nadi, sendi-sendi, saraf, tulang belakang dan saraf tunjang di tubuhnya.

Dunia ini bagaikan ibu tunggal, wanita tua yang pernah jelita digilai pemuda ketika masa muda-muda dahulu. Dia mungkin sedang terbaring nazak, sambil memerhatikan gelagat insan yang masih gila berperang di hujung nyawanya. Dunia atau wanita jelita ini menjadi semakin tua lantaran karenah anak-anaknya yang sentiasa bersengketa! Apakah proses penuaan? Menurut satu tafsiran penuaan ertinya suatu proses pengurangan air dalam tubuh badan. Makin meningkat usia, makin berkurangan air dalam tubuh kita. Dunia kita begitu juga. Ia sudah tua dan peratus air laut berjumlah 70% itu berkurangan. Ia mungkin bukan berkurangan. Maksudnya, air yang berkualiti sejumlah 70% berkurang daripada peratus yang asalnya. Mungkin, kini cuma 30% air bersih. Dan baki 40% adalah air yang tidak berkualiti, tidak dirawat dengan sempurna, air keruh di Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan lain-lain limpahan kekotoran di sungai-sungai lain di dunia! Ben Halpern, saintis di Pusat Analisis Ekologi dan Sentisis Kebangsaan di Universiti California , Santa Barbara telah menyebut dalam satu kajian bersama pasukannya tentang lautan. Menurutnya, ada dua hal yang tak terduga mutakhir ini mengenai lautan kita.

"Pertama, setiap sudut lautan di dunia sedah terjejas akibat sekurang-kurangnya satu kegiatan manusia. Kedua, lebih 40 peratus lagi terjejas akibat pelbagai kegiatan yang mereka lakukan. Lautan kita tidak berada dalam keadaan yang baik," katanya. Sementara itu, seorang penyelidik lain pula mendedahkan bahawa kadar oksigen di dalam air cetek di sepanjang pantai Oregon menurun hingga ke paras kosong untuk kali pertama pada 2006. Bagaimana hidupan laut ini akan bernafas di dalamnya? Jikalau tiada hidupan laut yang berzikir kepada Tuhan, nescaya dunia ini akan kiamat.

Dunia ini diwariskan kepada manusia untuk menjaganya. Disebutkan di dalam al-Qur'an: "Aku (Allah) ingin menciptakan atas bumi ini seorang Khalifah." Lihat bagaimana Allah meletak diriNya sebagai pihak pertama, dunia pihak kedua dan manusia pihak ketiga. Jadi, siapa yang paling hampir dan rapat kepada Allah antara bumi dan manusia? Kita dapat merumuskan pendirian bahawa bumi itulah yang paling dekat kepadaNya berbanding manusia itu sendiri. Sejauh manakah kita memelihara dunia yang dilihat Rasulullah sebagai wanita tua ini? Adakah kita memeliharanya sebagai isteri tercinta, atau wanita pelacur, wanita simpanan dan wanita jalang?

Prof Dr Syed Hossein Nasr dalam sebuah karyanya yang pernah saya baca menyebutkan manusia hari ini menggunakan dunia serta sumbernya seperti melayan seorang pelacur dan bukannya isteri. Seorang suami akan menjaganya setelah menikmati isterinya. Tapi, dunia hari ini telah dinilai sebagai wanita lacur di mana khazanahnya dipunggah untuk dinikmati dan hampas kekotoran telah disepahkan tanpa tanggungjawab.

Tidak mustahil bahawa suatu masa nanti wanita pelacur ini akan bangkit memberontak dengan caranya yang tersendiri. Siapa yang jatuhkan menteri kesihatan Chua Soi Lek? Siapakah Altantuya dari Monggolia? Siapa Sufiah pelajar Oxford yang pernah meniti laluan sejarah gemilang? Mereka pada asalnya kaum baik, tetapi telah dibentuk oleh keadaan yang pincang, sistem yang musnah dan memusnahkan dan akhirnya mereka bangkit dan keluar memberontak dengan cara yang tersendiri. Jangan salahkan mereka. Mereka tak bersalah. Bukan salah ibu mengandung. Salahkan bapanya (penguasa) yang tidak memakai 'sarung'! Pemberontakan perempuan ini sama seperti pemberontakan dunia sebagai wanita tua kita, iaitu bumi atau dunia atau alam buana yang pernah kita zaliminya sejak sekian lama. Bencana besar bakal melanda! Kata sahibul riwayat, negara kita akan tertimpa bencana besar.

Apabila saya sambungkan sanad riwayat ini kepada teman-teman, saya diketawakan. Apabila diajukan kepada orang tua di Bukit Tembaga, jawapannya, "Kena sedia dengan amalan, jangan hebahkan." Kata sahibul riwayat lain, adapun amalan itu adalah 44 kali bacaan al-Fatihah 3 kali Jumaat, (selepas solat Jumaat) secara berjemaah. Demikian kaifiatnya guna merawat roh alam yang sakit in secara alternatif. Wallahu 'Alam. Oleh kerana kita berasal daripada tanah, dunia kita menderita penyakit yang sama dengan kita. Dunia tidak ditimpa penyakit ketika dunia dihuni dinosaur dan haiwan-haiwan purba yang tidak banyak menggunakan senjata kimia. Setiap haiwan ada satu senjata. Tapi, manusia berbekalkan satu senjata, iaitu akalnya, dia boleh mencipta scud, tomahawk, kapal selam perang daripada Perancis dan ribuan senjata lagi. Dalam perang antara Habil dan Qabil itulah darah pertama jatuh atas nama dendam, sakit dan iri hati. Darah tertumpah atas niat jahat ini membuatkan dunia mula bergetar. Darah yang tumpah kerana kecelakaan jalan raya, penyembelihan haiwan untuk makanan tak termasuk dalam sebab yang boleh menyebabkan dunia bergetar. Lafaz talak misalnya, menurut satu riwayat boleh menggoncangkan tiang Arasy.

Demikian 'hebatnya' manusia! Setiap perlakuan manusia yang buruk dapat menyebabkan porak-poranda di dunia ini. Kali terakhir nazaknya berakhir dengan kiamat di mana dunia tidak lagi dapat menanggung segala kebejatan akhlak yang timbul akibat perang manusia. Sungai-sungai di negara seperti pembuluh darah, urat-urat berselirat di dalam tubuh yang menjadi laluan darah selama ini. Tuhan mencipta sistem peredaran darah yang mengalir, mengaut sampah-sarap, mengangkut toksin di seluruh tubuh dan kemudian dihembuskan keluar sebagai karbon dioksida. (Bilakah sungai kota yang coklat akan jernih kembali?) Merah darah yang semakin pudar itu akan kembali cerah dan segar warna merahnya saat ia bergabung dengan oksigen. Ini kitaran sungai darah di mana putaran itu menyebabkan darah sentiasa mengalir lancar dan tidak tersekat pula oleh sekatan-sekatan di liang-liang urat yang kerap tersumbat dengan semak-samun lemak dan lain-lain unsur. Jika manusia sakit, maka doktor, tabib, pawang dan dukun itulah yang dirujukkan sebagai sandaran penawarnya.

Tetapi, jika alam buana ini menderita kesakitan, kepada siapa yang kita majukan pertolongan, bantuan dan pengharapan? Siapakah doktor, tabib, dukun dan pawang yang dapat menyembuhkan derita sekali gus merawar 'kesihatan dunia kini? 'Rawatan alternatif' kepada dunia? Akhir-akhir ini timbul istilah 'rawatan alternatif' yang mana cara merawat bersandarkan kepada getaran, aura, cakra dan lain-lain unsur yang tidak dapat dicerap penglihatan mata kasar. Alam kita mungkin dapat dirawat dengan kaedah itu di samping kaedah yang boleh dicapai pancaindera seperti hubungan kerjasama sejagat menangani 'global warming'. Di Bali, beberapa bulan lalu telah diadakan Sidang Kemuncak tentang Pemanasan Global dan Al-Gore yang pernah berlawan dengan Bush di Amerika telah menjadi juara di dalam sidang kemuncak tersebut. Beberapa resolusi telah pun dicapai. I

tu kerja manusia Barat. Mungkin usaha manusia Barat ini boleh dianggap sebagai doktor atau tabib yang mencari penawar untuk tubuh, raga, alam kasar. Tapi, rawatan ini bukan untuk penyembuhan roh, jiwa. Jika tubuh terluka, maka penawarnya bersifat zat yang boleh dipegang. Tetapi, jiwa, roh yang terluka, terkoyak, penawarnya bersifat ghaib yang tidak dapat dicapai indera. Di mana usaha manusia Timur yang mana nenek moyang mereka dahulu terkenal dengan sifat mesra alam? Penyembuhan mereka ini dapat menumpukan kepada roh, jiwa. Di sini kita melihat peninggalan kesan jejak warisan terdahulu untuk menyembuhkan bumi ini. Islam misalnya mendidik kita bagaimana cara meminta hujan guna merawat kegersangan bumi yang tidak subur. Akal tidak dapat memikirkan bagaimana hubungan solat sunat ini dapat menyeru awan dan hujan kemudiannya akan turun. Inilah rawatan alternatif kepada alam ini. Al-Gore dan ahli-ahli dalam Sidang Kemuncak Pemanasan Global tak akan pernah terfikir dan terjangkau akan kaedah rawatan alternatif seumpama ini. Pada Barat, bumi ini kering dan tiada roh yang hidup menaungi bumi ini.

Tapi, kita percaya bahawa alam ini punya roh tersendiri yang menghidupkan dan apabila ia pergi, maka kering dan gersanglah di sesebuah bumi itu dan apabila ia meninggalkan keseluruhan bumi, maka tamatlah usia bumi ini. Peristiwa ini dikenali sebagai kiamat. Setiap pokok ada roh sendiri yang mana pada malam-malam mereka akan pergi beramai-ramai menuju ke suatu tempat. Nenek moyang kita menyedari akan hal ini. Sebab itulah mereka tersasar memuja semangat padi, kononnya agar semangat itu tidak melarikan diri. Sehinggalah Islam tiba dan mengasuh mereka supaya sujud kepada Allah; tuan punya roh tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman ruji dan sebagainya, maka nenek moyang kita pun terlepas bebas daripada amalan khurafat tersebut. Dalam tubuh kita begitulah juga. Ada beberapa anggota yang lumpuh menjelang hari tua seperti kaki, tangan. Ada beberapa tempat di bumi ini telah kering, gersang, lumpuh atau 'mogok', enggan bekerja seperti biasa untuk menumbuhkan pohonan hijau merendang. Jadi jangan kita fikir manusia sahaja yang pandai mogok dan berpiket. Bumi kita ini akan mogok (tidak mahu bekerja seperti biasa) dan pandai berpiket juga. Dan ia tidak perlukan permit polis untuk berpiket.

Ketika itu, segala macam kekuasaan di dunia ini akan hancur melebur, malah PBB pun tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya tinggal berputih mata. Ada bumi yang mogok kerana perbuatan insan seperti operasi 'bumi hangus' yang dibuat oleh tentera Jepun dalam serangan mereka dahulu. Ada belahan bumi yang mogok hingga menyebabkan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat lain. Insan jahat (penghuni neraka) bagaikan virus dan bakteria yang akan berperang bersama insan kamil (ahli syurga) seumpama antibiotik dalam tubuh kita. Maka, bumi telah bersedia untuk mogok dan berpiket menantikan saat itu. Adapun punca kenapa dunia ini bergolak adalah kerana penghuni neraka dan syurga telah berkongsi hidup yang sama di dunia ini. Sebab itu di akhirat nanti mereka akan dipisahkan antara syurga dan neraka sekali gus akan menghalang mereka daripada bertembung. Dunia oh dunia! Dunia ini akan selamat dan berjaya diselamatkan oleh mereka yang kuat dan ikhlas bernafas, jujur menjalani kehidupannya sebagai insan kami manusia sempurna. Dunia bergolak bukan kerana ia didiami oleh haiwan, tapi ia hancur kerana perutnya telah melahirkan manusia berperangai haiwan. Bukan salah ibu mengandung.

Kiamat Dah Dekat Dah..

Tanda-tanda kiamat..sedarlah..
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknyamelakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang.' - Sahih Muslim~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia' - Riwayat Thabrani~ George Bush, ArielSharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..

10) Bulan sabit kelihatan besar.'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyakkesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN!Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

Rapuhnya nilai akhlak manusia masa kini

Islam satu-satunya agama (cara hidup) yang diperakui oleh Allah SWT yang diperuntukkan sesuai dengan fitrah semula jadi manusia serta makhluk yang lain. -->-->
Islam yang menjadi mercu tanda kegemilangan di zaman Rasulullah s.a.w, kemudian disambung oleh para sahabat nabi, setelah itu diperpanjangkan oleh sistem pemerintahan Islam seperti pemerintahan Bani Umaiyah, 'Abbasiyyah sehinggalah ke era pemerintahan Islam 'Othmaniyyah di Turki.
Matlamat utama penubuhan negara Islam tersebut adalah untuk merealisasikan tuntutan agama menerusi al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Tetapi matlamat tersebut lenyap dengan berakhirnya negara Islam di Turki yang jatuh ke tangan British menerusi pengkhianat Islam iaitu Mustafa Kamal Atarturk. Di mana beliau menjadi dalang untuk melihat Islam dikikis dari bumi Turki.
Ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia kehilangan kepimpinan Islam dan mereka amat dahagakan kepimpinan tersebut, kerana teori barat ataupun isme ciptaan manusia yang sudah lama bertapak sejak puluhan malah ratusan tahun tidak mampu menjadikan manusia sebagai insan yang bertamaddun dalam segenap tindak-tanduk mereka.
Ini dapat dilihat kerakusan manusia dalam pentas dunia, meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, seolah-olah menggambarkan pihak yang kuat dan lantang menguasai yang lemah.
Kekuatan teknologi dan senjata nuklear menentukan segala-galanya, pengguguran bom di bumi Hiroshima dan Nagasaki membuktikan tindakan yang kejam.
Pencabulan Israel pada awal 80an di Sabra dan Shatila yang mengorbankan banyak nyawa, serangan Soviet Union (sekarang Russia) dan yang terkini serangan kuasa besar Amerika Syarikat ke atas bumi Afghanistan kononnya memerangi pengganas, sehingga ke hari ini Amerika tidak mampu mengemukakan sebarang bukti yang nyata bahawa Osama Bin Laden bertanggung-jawab memusnahkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon yang dikenali dengan peristiwa 11 september.
Peristiwa 11 September itu, seolah-olah dilihat sebagai batu loncatan buat Amerika untuk bertindak atas slogan hak asasi manusia. Akibatnya orang tua, wanita, kanak-kanak serta harta benda awam musnah hasil bedilan bom tercanggih Amerika. Ini juga menggambarkan seolah-olah bumi Afghanistan medan raptai segala ciptaan nuklearnya.
Amerika yang dianggap dunia sebagai sebuah negara maju dalam segenap bidang hidup, antaranya pencapaian teknologi maklumat, ekonomi,hiburan dan lain-lain, namun tidak mampu membendung jenayah di wilayah Amerika yang berlaku setiap detik seperti yang dilaporkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol).
Hollywood yang mengaut keuntungan luar biasa hasil penjualan filem, dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada terhakisnya nilai akhlak di kalangan manusia sama ada Islam dan bukan Islam. Sumbangannya itu tidak terbatas hanya kepada negara barat sahaja, malah menembusi pasaran Asia termasuklah Malaysia yang tidak terkecuali kerana Malaysia dianggap salah sebuah negara yang berpotensi dalam segala hal.
Kita tidak lupa rosaknya akhlak remaja di negara kita khasnya, adalah hasil hiburan yang mudah diperolehi, bermula di pawagam, pub-pub, internet, video-video lucah dan sebagainya yang memberi saham ke arah keruntuhan moral.
Fenomena ini merisaukan semua pihak, lebih-lebih lagi para ibu-bapa yang telah banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk melihat agar anak mereka menjadi insan yang berguna pada satu hari nanti.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka lupa persekitaran yang ada tidak mampu menjamin suasana yang baik. Kerana persekitaran itu dicipta oleh penguasa, pemerintah atau pemimpin. Sehubungan dengan itu, Islam telah menyatakan sikapnya iaitu "Rakyat bergantung kepada agama/pegangan pemimpin mereka".
Justeru, umat Islam khasnya di segenap pelusuk dunia, mesti bersedia untuk kembali kepada ajaran Islam tulen, iaitu mendalami ilmu Islam seperti Usuluddin dan Syari'ah, sejarah Islam seperti sejarah hidup Rasulullah s.a.w, para nabi, para sahabat, para 'ulamak serta tokoh-tokoh Islam.
Ini kerana semua maklumat tersebut dapat membantu daya tahan dalaman seseorang muslim, malah dapat menghilangkan krisis keyakian umat Islam terhadap agama mereka sendiri.

Ulama' yang disegani. Allahyarham Dato' Ishak

Dato' Ishak Baharom diingati istana selepas pemergiannya
Sejurus selepas pukul 3 petang, 30 Januari 2008, Mufti Dato' Ishak Baharom dipanggil Tuhan kepangkuan-Nya semasa berusia 82 tahun. Segera beritanya tersebar ke seluruh negara. Takziah buat keluarganya dan para pencinta setianya. Sejak Asar, masjid di mukimnya di Taman Seri Andalas, Klang dipenuhi pengunjung yang kasih dan menyanjungnya. Kawasan masjid seperti suasana kedatangan solat Jumaat. Sekalian segera bergegas ke situ, kerana akhir-akhir ini umat Islam amat peka untuk menyegerakan penyempurnaan jenazah, apa lagi jenazah itu adalah alim terbilang diketahui tawaduk dan zuhudnya. Tetapi istana Selangor memerintahkan pengkebumiannya disempurnakan penuh istiadat negeri di Makam Diraja Shah Alam. Perintah Sultan adalah perintah tertinggi yang tidak boleh dibantah. Urusan jenazahnya tidak dapat disegerakan, ditunda hingga esoknya. Pada syaraknya Raja tidak boleh dikenakan hukum hudud atas apa kesalahan jua. Dalam perjalanan ke rumahnya saya menyebut kemungkinan Sultan campur tangan atas urusan pengkebumian Mufti yang terpecat tahun 1997 itu. Kawan sekereta berasa tidak. Tetapi katanya, kalau Harussani, Mufti Perak yang meninggal, Sultan Perak dan Raja Nazrin berupaya mengambil tindakan tertentu. Sangkaan saya tepat. Sultan Selangor bertindak berani terhadap jenazah seorang ulama yang diketepikan negara yang Almarhum Sultan Selangor sebelum ini tidak dapat berbuat apa-apa bagi mempertahankan Mufti yang kontraknya ketika itu baru saja disambung. Almarhum Dato Ishak Baharom dipecat kerana bertegas melaksanakan undang-undang syarak yang dilulus oleh kerajaan BN Selangor, mencegah gadis Islam menyertai ratu cantik dengan mendedahkan aurat. Beliau mempertahankan tindakannya kerana percaya, orang-orang yang ada kuasa mesti mencegah perbuatan berdosa. Melarang tindakan demikian boleh menggugurkan aqidah. Selepas dipecat, kerajaan BN Selangor mengharamkannya berdakwah di masjid dan surau di negeri itu. Pengharaman itu dihormati oleh negeri-negeri yang diperintah BN. Tiada yang sedar larangan itu ditarik balik tahun 1999 kerana beliau tidak lagi berceramah di masjid dan surau di Selangor. Anak kelahiran Kanchong Darat, Banting ini mendapat didikan agama dari Madrasah Al-Masriyah Bukit Mertajam di bawah pimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan, pengasas PAS. Kemudian ke Darul Ulum India. Hubungannya dengan Haji Ahmad Fuad amat rapat hingga beliau dikahwinkan keluarga Haji Ahmad Fuad dari Manong, Perak. Anak laki-lakinya dinamakan Ahmad Fuad. Beliau mewarisi banyak dari kitab Haji Ahmad Fuad. Selepas tidak lagi terikat dengan kerajaan, maka Almarhum bebas bergerak dalam PAS. Pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama, satu badan tertinggi dalam PAS. Dan semasa meninggal adalah ahli Dewan Ulama PAS Pusat. Beliau mula dilantik menjadi Mufti bulan Ogos 1985. Almarhum adalah mufti yang paling berpengaruh dan sangat dihormati oleh semua pihak khususnya rakyat jelata. Sekelian Raja-Raja, pembesar-pembesar negara dan pegawai tinggi kerajaan juga menghormatinya bukan saja kerana ilmu yang tinggi tetapi juga sikap dan pendapatnya yang tegas. Bukan mudah bagi seorang Mufti untuk mendapat penghormatan yang demikian, kerana pandangan umum merasakan mufti adalah terikat dengan pengaruh Sultan dan dalam zaman merdeka Perdana Menteri dan Menteri Besar menjadi penasihat utama para Sultan, maka mufti dirasakan lebih kurang sama dengan lain-lain pegawai kerajaan. Walaupun Dato Ishak terikat dengan peraturan bekerja, tetapi dalam perkara agama Islam beliaulah orang yang paling berautoriti dalam negeri. Maka beliau tidak menyorokkan apa yang dirasakannya benar mengikut Islam. Justeru itu kerana enakman syariah negeri Selangor memberi kuasa kepadanya untuk menguatkuasakan pencegahan maksiat, maka dengan menggunakan peruntukan itu beliau bertindak apa yang sepatutnya terhadap peserta pertandingan ratu cantik yang disertai oleh orang Islam. Tindakannya tidak disenangi oleh orang-orang yang suka berseronok-seronok. Kerajaan yang ada pun takut dengan tindakan itu kerana ia boleh menghilangkan sokongan orang bukan Melayu kepada kerajaan. Perdana Menteri ketika itu Dr. Mahathir memang tidak berapa suka dengan sesetengah pencegahan maksiat lalu memerintahkan kerajaan Selangor tidak meneruskan tindakan yang disokong oleh Mufti itu. Dato Ishak bertegas mempertahankan tindakan itu. Tetapi yang berkuasa adalah Menteri Besar dan kerajaan, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh Mufti apabila berdepan dengan Perdana Menteri dan Umno. Ternyata Dr. Mahathir dan Dato Ishak Baharom tidak dapat disesuaikan lagi, maka tidak banyak yang dapat dibuat oleh kerajaan negeri dan menteri besar melainkan menjaga hati Perdana Menteri. Kuasa Sultan pun tidak berupaya mempertahan Muftinya, maka tiada jalan lain selain dari menamatkan perkhidmatannya. Ulama terpaksa menyatakan kedudukan hukum. Rakyat mahukan penjelasan kerana media tidak boleh menyiarkan sebarang penjalasan yang bertentangan dengan perasaan Perdana Menteri. Maka orang minta penjelasan Mufti. Beliau diundang ke banyak masjid dan surau. Perkara itu terangkannya. Umno tidak mahu apa-apa yang menyentuh Perdana Menteri disebutkan dalam premis yang dimiliki kerajaan. Maka dilarang masjid menjemputnya. Tetapi dunia ini terbuka kepadanya. Almarhum menerima semua undangan untuk berceramah di seluruh negara. Allah mentakdirkan tahun-tahun akhir dalam riwayatnya adalah bersama jihadnya dalam PAS. Payah cari Mufti sepertinya.- tajdid

subhanALLAH



Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).
Foto ini dari teman kita dari Malaysia sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.
Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".
Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.