LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

Wednesday, October 23, 2013

CONTOH REFLEKSI

Refleksi kumpulan (Sebelum perbentangan slaid dibuat)

Pada 12 Oktober yang lalu, kumpulan kami yang terdiri daripada tiga ahli telah berbincang tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami iaitu berkenaan tentang slaid yang rosak. Slaid ini dikatakan rosak kerana tidak memaparkan sesuatu yang baik yang patut ada pada sesuatu slaid.  Kami telah berbincang dan mendapati banyak yang perlu diperbaiki pada slaid ini dan akhirnya kami membuat keputusan yang kolektif bagi membetulkan keadaan yang sedia ada.

Sebelum memperbaiki slaid itu, kami mencari maklumat daripada internet terutamanya sebagai rujukan utama kami. Kami memilih internet sebagai rujukan kami adalah kerana sumber maklumatnya yang pelbagai dan kami meneliti dari satu link ke satu link yang lain. Banyak sumber rujukan berbahasa Inggeris jika dibandingkan dengan Bahasa Melayu yang kami dapati. Itu tidak menyukarkan kami kerana sumber rujukan dalam Bahasa Inggeris itu tidalkah sukar kami fahami kerana ianya sumbernya dapat kami fahami dengan mudah. Sumber itu menyatakan kata kunci yang patut ada pada sesebuah slide, warna, jumlah font, saiz font dan sebagainya. Dengan pemahaman yang telah didapati di dalam sumber ini maka kami bandingkan pula dengan tugasan kami untuk membetulkan slaid yang dikatakan rosak itu untuk diperbaiki menjadi slaid yang bermutu.
Semasa perbincangan, kami menjangkakan yang poin-poin yang bakal dibentangkan kelak sama atau hampir sama antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Itu difikirkan terjadi kerana kebanyakan sumber yang kami dapat dari internet juga sama antara satu link dengan link yang lain. Maka, tidak mustahil juga poin perbentangan yang bakal diadakan kelak akan hampir serupa antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Oleh sebab yang demikian, kami memikirkan sedikit kelainan daripada kumpulan lain supaya persembahan kami juga nampak seakan lain daripada kumpulan yang lain.

Apa yang lainnya adalah, sebelum kami membentangkan poin-poin yang harus diperbaiki pada sesebuah slaid. Kami telah berbincang untuk melihat sedikit pada sudut yang lain seperti cara penyampaian adakah suara yang jelas, cara pemakaian, kedudukan yang harus ada pada seseorang guru apabila membentangkan slaid, adakah seseorang guru membaca slaid pada layar putih atau pun membaca slaid pada komputer, eye contact, dan seumpamanya. Ini harus diambil enteng oleh guru sebagai memepersiapkan diri seorang guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP). Walau bagaimana berkualiti sesuatu slaid, kalau seseorang guru tidak mempersiapkan diri sebagaimana yang sepatutnya maka mesej yang hendak disampaikan di dalam sesuatu slaid tidak menambah pemahaman pelajar sebaliknya pelajar bosan dengan pemahaman yang diberikan.



Setelah pelbagai sudut dilihat sama ada diri guru itu sendiri yang harus mempersiapkan diri sebelum perbentangan diadakan dan kualiti slaid itu sendiri telah kami perbincangkan. Maka, tindakan dibuat bagi mempersiapkan diri kami dan membetulkan slaid yang telah rosak itu. Dua gabungan ini pasti akan menghasilkan persembahan kami yang menarik. Jumpa kami pada minggu perbentangan. Sekian.

Thursday, July 18, 2013

SOP Pemuliharaan Tanah Untuk Kolam Ikan

1.    Berbincang dahulu dengan pihak perikanan dan minta nasihat daripada pakar perikanan.
2.    Pastikan punca air diuji dahulu oleh pihak perikanan supaya air yang dibekal ke kolam ikan benar-benar selamat untuk ikan. Cara lain untuk uji punca kualiti air adalah dengan memasukkan ikan lampam jawa kerana ikan ini adalah ikan yang paling sensitive terhadap kualiti air.
3.    Gali tanah ikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut bilangan ikan yang akan diternak. Pastikan system perpaipan air masuk dan keluar mengikut standard yang telah ditetapkan.
4.    Jangan masuk air terus ke dalam kolam, biarkan kering selama 2 minggu. Sebaik-baiknya dibiarkan kering semasa musim panas kerana kepanasan matahari boleh membunuh bacteria dan kuman yang terdapat di dalam kolam itu.
5.    Selepas 2 minggu, masukkan air sehingga penuh dan selepas penuh keringkan semula supaya permukaan tanah basah. Ini dibuat untuk memasukkan kapur (hydrated lime) ke dalam tanah untuk memastikan tanah berada pada pH 7.5 – 8.0. Tanah yang basah dapat mengelakkan kapur daripada terbang.
6.    Biarkan selama 3 hari dan selepas itu masukkan air ke dalam kolam.
7.    Masukkan pula baja (satu karung guni@mengikut saiz kolam – anggaran sudah la) seperti taik ayam, taik lembu (bercampur pun tidak mengapa) ke dalam kolam selama 1 minggu. Tujuannya adalah untuk menghasilkan plenton/alga yang dapat memberi oksigen ke dalam air seterusnya memberi oksigen kepada ikan. Setelah 1 minggu perubahan warna terhadap air akan terhasil kearah kehijau-hijauan. Hijau yang bagus adalah tidak terlampau pekat cukup sekadar kita celup tangan kita hingga ke siku dan nampak telapak tangan kita. Ingat!! Ikat karung guni itu sebelum masuk ke dalam air kerana selepas 1 minggu tarik sahaja dan anda tidak perlu bersusah payah turun ke dalam kolam.
8.    Uji air di dalam kolam supaya air berada dalam standard yang telah ditetapkan.
9.    Apabila air berada dalam standard yang diluluskan, anak ikan sedia dilepaskan. Anak ikan yang dilepaskan seelok-eloknya bersaiz 2” supaya tahan lasak. Jika terlampau kecil, dikhuatiri akan mati.