LAILA HA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

Thursday, July 18, 2013

SOP Pemuliharaan Tanah Untuk Kolam Ikan

1.    Berbincang dahulu dengan pihak perikanan dan minta nasihat daripada pakar perikanan.
2.    Pastikan punca air diuji dahulu oleh pihak perikanan supaya air yang dibekal ke kolam ikan benar-benar selamat untuk ikan. Cara lain untuk uji punca kualiti air adalah dengan memasukkan ikan lampam jawa kerana ikan ini adalah ikan yang paling sensitive terhadap kualiti air.
3.    Gali tanah ikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut bilangan ikan yang akan diternak. Pastikan system perpaipan air masuk dan keluar mengikut standard yang telah ditetapkan.
4.    Jangan masuk air terus ke dalam kolam, biarkan kering selama 2 minggu. Sebaik-baiknya dibiarkan kering semasa musim panas kerana kepanasan matahari boleh membunuh bacteria dan kuman yang terdapat di dalam kolam itu.
5.    Selepas 2 minggu, masukkan air sehingga penuh dan selepas penuh keringkan semula supaya permukaan tanah basah. Ini dibuat untuk memasukkan kapur (hydrated lime) ke dalam tanah untuk memastikan tanah berada pada pH 7.5 – 8.0. Tanah yang basah dapat mengelakkan kapur daripada terbang.
6.    Biarkan selama 3 hari dan selepas itu masukkan air ke dalam kolam.
7.    Masukkan pula baja (satu karung guni@mengikut saiz kolam – anggaran sudah la) seperti taik ayam, taik lembu (bercampur pun tidak mengapa) ke dalam kolam selama 1 minggu. Tujuannya adalah untuk menghasilkan plenton/alga yang dapat memberi oksigen ke dalam air seterusnya memberi oksigen kepada ikan. Setelah 1 minggu perubahan warna terhadap air akan terhasil kearah kehijau-hijauan. Hijau yang bagus adalah tidak terlampau pekat cukup sekadar kita celup tangan kita hingga ke siku dan nampak telapak tangan kita. Ingat!! Ikat karung guni itu sebelum masuk ke dalam air kerana selepas 1 minggu tarik sahaja dan anda tidak perlu bersusah payah turun ke dalam kolam.
8.    Uji air di dalam kolam supaya air berada dalam standard yang telah ditetapkan.
9.    Apabila air berada dalam standard yang diluluskan, anak ikan sedia dilepaskan. Anak ikan yang dilepaskan seelok-eloknya bersaiz 2” supaya tahan lasak. Jika terlampau kecil, dikhuatiri akan mati.   

No comments: